February 25, 2024

13 tahun jaga aib suami curang, isteri dedah kereta dah dijual & lari bersama gadis lain

Hati seorang isteri mana tidak hancur apabila mendapat tahu suami tersayang mempunyai perempuan lain dibelakangnya, lebih-lebih lagi sudah kantoi curang empat kali.

Lebih meremukkan hati adalah si suami memilih untuk lari bersama wanita yang baru sahaja dikenali tiga bulan berbanding isteri yang sudah 13 tahun susah senang bersama.

Inilah yang sedang dirasai oleh seorang wanita dikenali Puan Fika yang memuat naik hantaran di platform Facebook bagi mengesan suaminya yang sudah hilang dari radar disebabkan wanita lain.

Menurut Puan Fika, dirinya sudah lama bersabar dan cuba sedaya upaya menjaga aib suami selama 13 tahun berkahwin namun segala pengorbanannya selama ini sia-sia sahaja.

“Ya Allah, hancur hatiku sebagai seorang isteri tengok suami bergambar bersama dengan perempuan ni. Suamiku? 24 jam aku mencari kau, tidak tidur dan tidak makan kerana risaukan kau.. rupanya kau lari dengan perempuan lain, ya Allah,”luahnya.

Dedah Puan Fika, suaminya melarikan diri ke Kuala Lumpur dengan tidak meninggalkan duit satu sen buat dirinya sehingga sanggup menjual kereta miliknya demi wanita lain.

“Kau pergi Kuala Lumpur, bawa semua duit, satu sen pun kau tak tinggalkan untuk isterimu. Sampai kau jual kereta isterimu, duit keringat isterimu selama ini yang semata-mata belikan kereta buat kau. Tapi kau buat begini, Ya Allah.
“Apa lagi kurangnya aku dengan aibmu aku sorok selama 13 tahun kita berkahwin. Aku bekerja kerasa cari duit selama ini dan tolong kau cari duit berniaga dari pagi sampai ke malam. Kau (suami) tak bekerja… ini kau buat dengan aku,”dedahnya.

Katanya lagi, dia tetap memaafkan dan menerima suaminya yang sudah empat kali berlaku curang dibelakang, tetap ia tetap dihargai.

“Empat kali kau curang sama aku, aku masih terima kau sebagai suaminya lagi. Aku tetap bertahan sebagai isterimu selama ini. Apa lagi kurangnya aku sama kau wahai suamiku.
“Sakit kau letakkan semua ini dengan aku. Kalau pun kau tak mahu hidup dengan aku, kau jumpa aku dan berbincang sama-sama, lepaskan aku secara elok dan bukannya gantung tidak bertali begini. Sakit aku rasakan ya Allah apa yang kau buat pada aku selama ini, aku tahan sahaja.
“Kau tipu aku bulat-bulat selama ini, ya Allah. Kau lari bawa semua duit, kau berhutang keliling pinggang dengan orang lain tanpa pengetahuan aku, tidak beritahu aku, kau jual nama aku. Cakap aku yang pinjam duit, rupanya kau berfoya-foya dengan perempuan lain, ini kau buat aku denga aku… sakit sangat aku rasakan ya Allah,”luahnya lagi.

Rayu Puan Fika, dia meminta agar suamiya melepaskan dirinya secara baik sekiranya dia mahu bersama mana-mana perempuan yang diiingi, namun haruslah berjumpa secara berdepan dan berbincang.

“Janji kau lepaskan aku, ceraikan aku!! Suamiku, itu sahaja aku minta (emoji menangis)… kau kenal perempuan ini baru tiga bulan, kau boleh pilih dia daripada isterimu dah hidup bersama 13 tahun ni, ya Allah,”luluh hati seorang wanita.

Dalam hantaran yang lain, Puan Fika meminta jasa baik orang ramai untuk menghubungi dirinya sekiranya menjumpai suaminya yang sudah menghilangkan diri.

Sementara itu, Puan Fika menjelaskan dirinya tiada niat untuk menyebarkan aib suaminya, namun dirinya terpaksa berbuat demikian kerana tidak dapat menahan sakit di dada setelah sekian lama memberi kepercayan sepenuhya.

Sumber: Facebook Fika Fika 

OR

Scroll to Top