Selepas 11 Tahun, Erra Fazira Kembali Bergelar Isteri … Umum Tarikh Kahwin Dengan Mr. E 12.12.2025 Ini

Selepas 11 Tahun, Erra Fazira Kembali Bergelar Isteri … Umum Tarikh Kahwin Dengan Mr. E 12.12.2025 Ini


Primadona Filem Melayu, Erra Fazira berkongsi berita gembira apabila membuat pengumuman bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya iaitu ahli perniagaan, Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr E.

Kata Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, memaklumkan, mereka bakal mendirikan rumah tangga pada 12 Disember depan.

Tampil anggun berbusana baju kurung moden berona kuning lembut, Erra kelihatan tidak dapat menahan air mata apabila mengumumkan tarikh hari bahagianya.

“Insyaallah ini adalah berkat doa semua.

“Dan, dengan izin Allah sekiranya tak ada aral melintang pada tanggal 12 Disember 2025, saya menjemput rakan-rakan media dan semua ke hari bahagia ini.

“Saya harap anda dapat mendoakan agar majlis pernikahan ini berlangsung dengan baik,” katanya.

Pengumuman tersebut dilakukan semasa pelancaran single dan tayangan perdana lagu ‘Cinta Abadi’ yang berlangsung di Courtyard by Marriot, Kuala Lumpur pada Selasa.

Lebih istimewa, lagi ‘Cinta Abadi’  ini telah dirakamkan semula dan menjadi lagu tema perkahwinan mereka.

Terdahulu, Erra mengaku sedang mengenal hati budi Mr. E dan meminta semua pihak memberi ruang, malah mereka dilihat terbuka memaparkan keserasian di media sosial.

Difahamkan pasangan ini mula menjalinkan hubungan sejak Ogos tahun lalu.

Terdahulu, Erra pernah bergelar isteri kepada penyanyi, Datuk Yusry namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun.

Erra kemudian kembali berumah tangga dengan Engku Imran pada 2007 dan memiliki cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya.

Mereka bagaimanapun berpisah pada Februari 2014.



Source link

OR

Scroll to Top