PU Amin Tegur Kandungan Cari Hantu, Anggap Berunsur Syirik – “Ustaz, Agama & Ruqyah Bukan ‘Gajet’ Halau Hantu…”

PU Amin Tegur Kandungan Cari Hantu, Anggap Berunsur Syirik – “Ustaz, Agama & Ruqyah Bukan ‘Gajet’ Halau Hantu…”

PU Amin Tegur Kandungan Cari Hantu, Anggap Berunsur Syirik – “Ustaz, Agama & Ruqyah Bukan ‘Gajet’ Halau Hantu…”


Pendakwah bebas, PU Amin menyifatkan kandungan video berunsur pencarian hantu sebagai satu bentuk program yang berunsur syirik dan menegaskan agar ia dihentikan serta-merta.

Menerusi hantaran di platform Threads, PU Amin atau nama penuhnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 35, menegaskan pemikiran yang menjadikan ustaz dan amalan ruqyah sebagai alat atau ‘gajet’ untuk menghalau hantu perlu diperbetulkan.

“Ustaz, agama dan ruqyah bukan gajet atau alat halau hantu. Pemikiran sesat seperti ini perlu dibetulkan segera.

“Tidak perlu meletakkan ustaz sebagai ‘standby’ dalam program berkaitan hantu. Ustaz bukan mainan atau kuli halau hantu dan ruqyah bukan jampi serapah. Yang sepatutnya dihentikan ialah kandungan mencari hantu yang berunsur syirik ini,” katanya.

PU Amin mengulas perkara itu ketika membalas satu ciapan yang memaparkan suami kepada usahawan terkenal, Bonda Rozita, iaitu Aidiamin Ahmad, didakwa mengalami gangguan ketika penggambaran video bersama selebriti, Roslan Shah.

Menerusi video berkenaan, Aidiamin didakwa kerasukan, namun kenyataan seorang ustaz yang merawatnya mencuri perhatian apabila mendakwa gangguan tersebut dipercayai berpunca daripada pertembungan dengan saka yang dikaitkan dengan usahawan berkenaan.

@rz_mmn

Malang tak berbau. Semoga dipermudahkan segala urusan semua🤲. #nightwalkwithciklan #mbkstudio #ciklanparanormal #bondarozitaibrahim #mangobossku @TherealBonda @Roslan Shah – Cik Lan @TheGodfather Mangobossku

♬ original sound – _R_yani_ – _R_yani_

Bagaimanapun, berdasarkan hantaran terkini di akaun TikTok Roslan memaklumkan bahawa video kandungan bersama Bonda Rozita dan suaminya akan dipadamkan.

Artikel Berkaitan: PU Amin Bersuara Isu Kelas Agama Cecah Harga Mahal – “Bukan Sekadar Bayaran Kosong Semata-Mata”





Source link

OR

Scroll to Top