Pelakon, Puteri Balqis sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik beberapa tangkapan layar perbualan mesej di Instagram (IG) miliknya yang didakwa melibatkan individu dipercayai bekas rakan rapat kepada pelakon, Mia Sara Nasuha.
Menerusi hantaran berkenaan, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish, 18, berkongsi perbualan panjang yang mengandungi pelbagai dakwaan berkaitan perangai sebenar Mia yang didakwa terbabit dalam masalah pergaulan bebas, sikap bermuka dua termasuk isu kelab malam.

Menurut individu yang dikenali sebagai Jia itu, dia mendakwa mengetahui hubungan Mia bersama seorang lelaki berbangsa India yang dipercayai pernah menghamilkan aktres berusia 21 tahun itu, namun, didakwa telah menggugurkan kandungan tersebut.

Bagaimanapun, Aqish menegaskan perkongsian tersebut bukan bertujuan untuk membuka aib, sebaliknya adalah satu jawapan terhadap fitnah yang dilemparkan secara terbuka sebelum ini.
Dalam masa sama, Aqish turut menyeru orang ramai untuk tidak menyerang individu yang menghantar mesej tersebut.

Isu antara Aqish dan Mia mula menjadi perdebatan ramai sejak Khamis lalu apabila aktres berusia 18 tahun itu mendakwa dia dibuli, selain keluarga dan ibunya teruk difitnah.
Namun begitu, sehingga kini Mia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjawab dakwaan liar yang tular mengenainya di seluruh media sosial.
Artikel Berkaitan: “Yang Makan D*dah, Minum Ar*k, Gugurkan Anak Bukan Aku, 100 Peratus Kau!,” – Puteri Balqis Gesa Mia Sara Mohon Maaf
Artikel Berkaitan: Bapa Tiri Puteri Balqis Naik Angin, Dakwa Mia Sara Terlibat Gejala Sosial – “Sebab Mulut Kau, Aku Hampir Hilang Nyawa Isteri!”
Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Dakwa Jadi Mangsa Buli Mia Sara, Rykarl Iskandar – “Saya Pernah Ditolak, Beg Buruk & Solekan Diketawakan…”
Artikel Berkaitan: “Dulu Kau Kutuk Mak Dia Tak Didik Anak, Ni Gelabah Nangis Depan Kamera Tak Dapat Offer Berlakon”- Ayah Tiri Puteri Balqis
Artikel Berkaitan: “Kami Diam Bertahun, Kau Ingat Aku Lupa?” – Puteri Balqis Akhirnya Bersuara, Dakwa Difitnah & Diperangkap Mia Sara






