Individu Gelar Golongan Wanita Terpaling ‘Double Standard’ Bila Disoal Virgin Atau Tak? Respons Balas Nadia Annuar Memang Padu

Individu Gelar Golongan Wanita Terpaling ‘Double Standard’ Bila Disoal Virgin Atau Tak? Respons Balas Nadia Annuar Memang Padu


Personaliti televisyen, Nadia Annuar lantang menyuarakan pendapatnya berhubung pertanyaan seorang individu lelaki yang melabel golongan wanita sebagai makhluk terpaling ‘double standard’.

Menurut individu berkenaan, wanita masa kini lebih terbuka mencari lelaki yang sempurna dan mempunyai pekerjaan yang stabil, namun cepat beremosi dan terasa dihakimi apabila diajukan soalan sama ada masih suci (virgin) atau sebaliknya.

“Boleh tak aku cakap perempuan sekarang adalah makhluk yang terpaling ‘double standard’.

“Mereka ni (perempuan) bak cari lelaki perfect, kacak, kaya, tak merokok. Tapi bila lelaki minta satu je, nak perempuan yang ‘virgin’ mereka terus triggered dan tak terima pandangan tu. Kenapa ya? Tu hak masing-masing kan nak pasangan macam mana. Ada berani jawab tak?,” soalnya.

Tidak mahu berdiam diri, Nadia tampil membalas kenyataan bersifat provokatif  itu sekali gus menegaskan, dia tidak termasuk dalam mana-mana kategori yang dinyatakan.

“Berani je jawab sebab saya bukan virgin. Anak dah 2 pun. So, tak termasuk dalam kategori ini.

“Tapi kakak nak tanya la, ada ke perempuan yang nak lelaki tak perfect, menganggur, buruk, miskin dan merokok? Kalau tanya nak macam mana mesti lah diskripsi nya begitu tapi jodoh kan ditangan Tuhan,” katanya.

Nadia juga menekankan bahawa golongan lelaki juga memiliki standard tersendiri dalam memilih pasangan.

“Apa yang diimpikan belum tentu dapat. Lelaki pun sama kan? Mesti idamkan yang perfect, bijak, cantik, virgin, tak merokok, pandai masak. Double standard apa pula?,” ujarnya.



Source link

OR

Scroll to Top