Immortal Cue terima pengiktirafan MBOR

Immortal Cue terima pengiktirafan MBOR

Immortal Cue terima pengiktirafan MBOR


Kuala Lumpur: Immortal Cue Sdn Bhd (Immortal Cue) mencatat sejarah apabila menerima pengiktirafan rasmi Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Perkhidmatan Runcit Sukan Cue Terbanyak dan Rangkaian Perkhidmatan Runcit Sukan Cue Terbesar.

Memiliki 20 cawangan dalam negara ketika ini, sudah cukup untuk Immortal Cue mencipta rekod memiliki rangkaian cawangan terbesar yang mana cawangan pertama dibuka pada 2022 di Kota Damansara.

Ketua Pegawai Eksekutif Immortal Cue, Mohd Danial Abdul Rahman berkata, pengiktirafan MBR itu memberi suntikan semangat kepada pasukannya untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Katanya, pihak Immortal Cue merancang memperluaskan rangkaiannya untuk semua negeri serta pasaran antarabangsa.

“Kita juga sasarkan untuk mengadakan himpunan selebriti paling ramai dalam pertandingan snuker selebriti yang sudah memasuki musim keempat.

“Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan artis dan pempengaruh tempatan, sehingga ada permintaan dari selebriti dari negara jiran juga,” katanya pada malam penganugerahan MBR di sini, baru-baru ini.

Pada malam itu, Mohd Danial dan Pengasas Immortal Cue, Datuk Siao Chun Loon menerima dua pengiktirafan rasmi MBR iaitu ‘Most Cue Sports Retail Services’ & ‘Largest Cue Sports Retail Service Network’.

Pengiktirafan itu disampaikan oleh pegawai MBR, Edwin Yeoh Tiong Chin dan Menaga Vadamalai.

Kira-kira 200 tetamu hadir pada majlis pengiktirafan itu terdiri daripada warga kerja Immortal Cue, rakan perniagaan, artis dan pempengaruh.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top