Rumah tangga kembali bergolak? Kaka Azraff tunggu masa sesuai umum status rumah tangga

Rumah tangga kembali bergolak? Kaka Azraff tunggu masa sesuai umum status rumah tangga


Penyanyi Kaka Azraff mengambil pendekatan berdiam diri daripada mengulas sebarang spekulasi berkaitan rumah tangganya bersama suami, Adam Azriff, yang didakwa kembali berdepan konflik selepas khabar angin mengatakan mereka sudah rujuk pada awal tahun ini.

Rumah tangga kembali bergolak

Memetik laporan mStar, pemilik nama sebenar, Nor Atiqa Noor Azraff, 36, menjelaskan dia lebih selesa untuk tidak berkongsi hal peribadi ketika ini dan berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Kalau boleh saya nak kurangkan bercerita hal peribadi. Tapi apa yang saya boleh cakap, doakanlah yang baik-baik.
“Saya tak tahu macam mana nak jawab status saya sekarang. Perkara itu pun sangat privasi bagi saya. Tapi kalau ada apa-apa, saya akan berkongsi. Status itu saya tak boleh nak dedahkan sekarang,” katanya di Saloma Bistro, Kuala Lumpur pada Rabu.

Walaupun pelbagai spekulasi timbul, Kaka menegaskan dia akan berkongsi perkara sebenar apabila tiba masa yang sesuai.

“Bila semuanya sudah selesai, saya pasti akan berkongsi dengan semua. Cuma sekarang ini, saya perlu menghormati dan tak dapat nak kongsi banyak,” ujarnya.

Mengulas mengenai hantaran di aplikasi Threads yang dikaitkan dengan isu rumah tangganya, Kaka menafikan perkara tersebut.

Menurutnya, perkongsian itu bukan merujuk kepada situasi dirinya, sebaliknya lebih kepada sokongan kepada individu lain yang sedang berdepan konflik dalaman.

“Perkongsian itu sebenarnya berkaitan dengan karya saya. Ianya tentang perjalanan diri sendiri. Saya rasa ramai yang boleh faham. Terutama mereka yang sudah berumah tangga, kerana ianya bukan perkara yang mudah.
“Saya mahu jadi suara untuk mereka. Tak salah untuk saya kongsi ‘quotes’. Sebab apa yang saya kongsi, bukan saya saja yang rasa. Ramai orang di luar sana rasa perkara yang sama.
“Bukan pengalaman peribadi. Ia semua hanyalah perspektif. Saya ada keluarga dan kawan-kawan yang banyak bercerita tentang rumah tangga. Bila saya dengar, saya rasa seolah-olah dalam situasi mereka. Saya nak beri mereka kekuatan untuk tempuhi ujian yang sedang dihadapi,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Bekas suami luah syukur, kembali rujuk dengan Kaka Azraff? -“I love you a trillion..”

Untuk rekod, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aslan, 6, Aryan, 5, dan Atta Adam.

Sumber: mStar (Nazrin Zulkafli)





Source link

OR

Scroll to Top