Rezeki tidak disangka, anak kepada pelakon, Amyza Adnan iaitu Adrian Adam ditawarkan lagu oleh seorang komposer dari syarikat rakaman malam tadi.
Memetik Astro Gempak, Amyza berkata dia tidak menyangka anaknya akan memiliki lagu sendiri dan dia menerima mesej tawaran berkenaan sebaik saja Adrian selesai menyanyi di program Talk To My Manager.
BACA: Amyza Aznan Sebak Individu Tidak Dikenali Bayar Badal Umrah Buat Arwah Andre
“Sebelum ini memang pernah terdetik dalam hati, kalaulah ada mana-mana komposer yang sudi menghasilkan lagu untuk Adrian.
“Tetapi saya tidak sangka Allah gerakkan hati individu tersebut. Ini rezeki yang langsung tidak dijangka.
“Individu itu menghantar WhatsApp dan menawarkan untuk menghasilkan lagu buat Adrian sejurus selepas persembahan tadi,” katanya.
Dalam pada itu, Amyza berkata dia menyifatkan tawaran tersebut pemangkin semangat untuk dia dan Adrian terus berjuang serta sedia membawa anaknya mengikuti kelas vokal.
“Rasa terkejut dan gembira. Insya-Allah saya bersedia untuk mengikuti kelas vokal dan membuat persediaan bagi lagu ini.
“Mungkin ini menjadi pemangkin semangat untuk saya terus berjuang. Saya anggap nyanyian sebagai satu terapi untuk kesihatan mental,” katanya.
Difahamkan, Adrian sepatutnya menjadi salah seorang program itu namun membuat keputusan undurkan diri selepas disahkan menghidap kanser tulang.
Sumber: Astro Gempak





