Beregu lelaki negara gagal capai sasaran di Malaysia Masters 2026

Beregu lelaki negara gagal capai sasaran di Malaysia Masters 2026


Dari kiri, Aaron- Wooi Yik kecewa selepas cabaran berakhir di tangan rakan senegara Goh Sze Fei – Nur Izzuddin dalam Malaysia Masters 2026 di Unifi Arena Bukit Jalil. Foto: Bernama

PASUKAN beregu badminton lelaki negara gagal mencapai sasaran mengekalkan kejuaraan dimenangi edisi lalu dalam Malaysia Masters 2026.

Lebih memeritkan tiada wakil daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berjaya melangkah ke perlawanan akhir selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan gandingan Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King tersingkir pada pusingan separuh akhir.

Ketua Jurulatih Beregu Lelaki Negara Herry Iman Pierngadi mengakui pencapaian keseluruhan beregu lelaki pada edisi kali ini tidak memuaskan.

“Kalau daripada keputusan memang hasil tak baiklah. Tahun lepas lebih bagus sebab ada final sesama Malaysia, tahun ini hanya sampai separuh akhir,” katanya kepada pemberita.

Meskipun gagal mencapai sasaran Herry mengakui berpuas hati dengan persembahan ditampilkan beregu muda seperti Aaron Tai-Kang Kai Xing pada kejohanan berkenaan.

“Daripada cara mereka bermain memang ada kemajuan dibandingkan pada tahun lepas. Apa yang saya harapkan sudah mula nampak,” katanya.

Dalam pada itu ketika diminta mengulas persembahan beregu utama negara Aaron-Wooi Yik yang tewas pada pusingan separuh akhir, Herry mengakui kegagalan mengawal emosi menjadi punca gandingan itu tewas dan gagal melayakkan diri ke final.

“Saya nampak Aaron dan Wooi Yik sedikit gemuruh dan terlalu mahu menang sangat. Mungkin sebab itu mereka tidak dapat kawal emosi,” katanya. – Bernama



Source link

OR

Scroll to Top