Pelakon Datuk Adi Putra berkata dia tidak menolak kemungkinan jika ditakdirkan untuk aktif sepenuhnya dalam dunia politik di masa akan datang.
Memetik Harian Metro, Adi berkata penglibatannya dalam dunia politik bukan perkara baru dan menyerahkan soal tersebut kepada takdir.
BACA: “Selesa, Janji Tutup Aurat” – Adi Putra Perjelas Pemakaian Di ABPBH
“Bukan sehari dua saya dalam politik, tetapi untuk menjadi wakil rakyat bukanlah niat saya. Namun, kalau itu ketentuannya, saya akan teruskan dan tidak menolak. Saya memang minat dunia politik
“Manifesto saya adalah bagaimana kita mahu mengadakan satu penyatuan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum,” katanya.
Sementara itu, Adi berpendapat politik perlu menjadi medan yang matang dan bukan melagakan. Adi turut menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk menggunakan kebijaksanaan dalam membuat keputusan.
“Untuk tahun 2026 ini, politik seharusnya menjadi medan yang matang dan bukan politik yang melagakan. Kita cuma mahu meleraikan, bukannya mahu melagakan.
“Tangan saya dan pilihan saya adalah sama sahaja dengan anda semua. Tangan anda, pilihan anda. Cuma kita mahu apa yang kita fikirkan ini dinilai dengan akal yang panjang, bukannya akal yang pendek,” katanya.
Sumber: Harian Metro






