Anak orang sedang sakit atau ditimpa musibah, itu bukan masa untuk jadi pak lawak – Ika Nabella

Anak orang sedang sakit atau ditimpa musibah, itu bukan masa untuk jadi pak lawak – Ika Nabella


PETALING JAYA: Dalam detik cemas membawa anak yang cedera ke hospital, pelakon Ika Nabella terkilan apabila masih ada individu yang sempat menjadikan situasi tersebut sebagai bahan gurauan.

Ika atau Nurul Ika Nabella Mohd Zaid, 37, berkata, kejadian itu berlaku selepas anaknya terjatuh di taman permainan sehingga mengalami kecederaan pada bahagian muka.

“Anak saya jatuh dekat taman permainan. Suami dukung anak sambil berlari dengan hidung dan mulut berdarah, muka pun lebam.

“Anak saya ketika itu dalam keadaan mengantuk dan hampir tidak sedarkan diri, memang kami terus bergegas ke hospital. Saya siap kata, ‘maaf, kecemasan. Tumpang lalu’,” katanya enerusi satu hantaran di Threads.

Ika berkata, terdapat individu yang sempat membuat gurauan ketika mereka berada dalam situasi cemas, sesuatu yang disifatkannya sebagai keterlaluan.

“Tetapi dalam keadaan kelam-kabut macam itu, ada pula yang sempat buat lawak kononnya ‘double line tidak boleh potong’.

“Kadang-kadang manusia ini lupa, bila melibatkan anak orang yang sedang sakit atau ditimpa musibah, itu bukan masa untuk jadi pak lawak. Jangan jadi bangang.

“Saya akan ingat muka awak. Muka tiada akal,” katanya.

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang bersetuju bahawa situasi kecemasan tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan.

Terdahulu, Ika mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mohd Izwan Johar pada 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.



Source link

OR

Scroll to Top