Kekasih kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Noor Nabila iaitu Ameer Aiman berkongsikan detik awal perkenalan mereka di sebuah gimnasium.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ameer berkata Nabila sering datang ke gim tempatnya bekerja dan saling memandang antara satu sama lain.
BACA: Kekasih Noor Nabila 10 Tahun Lebih Muda, Keluarga Dah Restu
“Nabila selalu datang gim ini dan workout di sini, saya dulu kerja dekat gim sini. Dia asyik tengok saya dan saya pun asyik tengok dia. Macam sama-sama saling usha, lepas itu saya pun mengoratlah dia,” katanya.
Terdahulu, Nabila berkataa dia sudah mengenali Ameer sejak April tahun lalu dan masih dalam fasa mengenali satu sama lain.
Nabila berkata meskipun mereka berbeza usia 10 tahun namun dia menyifatkan Ameer seorang yang penyayang serta pandai memasak.






