“Saya Asian Mom, Kalau Anak-Anak Nakal, Saya Suruh Minum Air Yasin” 

“Saya Asian Mom, Kalau Anak-Anak Nakal, Saya Suruh Minum Air Yasin” 


Pelakon Scha Alyahya berkata cara dia dan suaminya, Awal Ashaari dalam mendidik anak berbeza namun ianya saling melengkapi.

Memetik HibGlam, Scha berkata Awal lebih tenang berbanding caranya dia mendidik anak-anak lebih tegas seperti yang dilakukan oleh kebanyakan ibu-ibu di negaa Asia.

BACA: “Jangan Jadikan Saya Inspirasi” – Scha Alyahya Akui Rumah Tangga Ada Pasang Surut

“Cara Awal lebih ‘chill’ dan santai sementara saya pula ‘Asian mom’, cara didikan orang Asia, semua benda nak dilakukan.

“Bila ada perbezaan begitu, kita lihatlah cara didikan mana yang lebih sesuai.

“Namun, kadang-kadang bagus juga bila kita ada kelainan antara suami isteri dan didikan anak itu jadi lebih seimbang,” katanya.

Sementara itu, Scha mengakui bimbang dengan anak sulungnya, Lara Alana yang akan menduduki peperiksaan besar tidak lama lagi namun bersyukur anaknya melakukan rutin tanpa mengeluh.

“Saya ada juga minta Awal tegur Lara supaya belajar supaya tidak nampak saya seorang yang tegas.

“Namun, saya bersyukur ada anak seperti Lara yang tidak mengeluh dan jalani sahaja rutinnya yang agak padat setiap hati. Saya kasihan dan risau dia penat tetapi nampak dia okey sahaja setakat ini,” katanya.

Dalam pada itu, Scha berkata dia tidak amalkan perkara syirik seperti bertemu dengan bomoh untuk pastikan anak mendapat keputusan cemerlang.

“Tiada jumpa bomoh tetapi di rumah ada air Yasin sahaja, buat sendiri. Kalau anak-anak nakal, saya suruh mereka minum, itu cerita betul,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top