am@hmetro.com.my
Jitra: Sebuah kereta ditemukan tenggelam di Sungai Korok, di sini hari ini.
Bagaimanapun setakat ini belum dapat dipastikan jenis kereta berkenaan yang hanya menampakkan bahagian atas bumbung kereta.
Setakat ini orang ramai berada di lokasi penemuan kereta itu sejak pagi tadi.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra turut melakukan pemantauan di lokasi kejadian setakat ini.
Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita membuat laporan polis selepas abang, kakak ipar serta empat anak mereka gagal dikesan sejak Sabtu lalu selepas pulang bermalam di rumahnya di Taman Aman, dekat sini.
Nur Adliah Shuhada Ishak, 20-an berkata, abangnya, Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, yang menetap di Jerlun datang bermalam di rumahnya Jumaat lalu bersama isteri dan empat anaknya.
© New Straits Times Press (M) Bhd






