Aaron-Wooi Yik mara ke final Terbuka Thailand

Aaron-Wooi Yik mara ke final Terbuka Thailand


Aaron (kiri) dan Wooi Yik mara ke pentas final Terbuka Thailand selepas mengalahkan pasangan tuan rumah di Bangkok pada Sabtu. – Foto: Agensi.

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila mara ke final Terbuka Thailand di Bangkok sebentar tadi.

Kejayaan tersebut diraih selepas pasangan negara itu menumpaskan Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh secara straight set di Stadium Nimibutr.

Biarpun ditentang sengit pasangan tuan rumah itu, Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan kedua kejohanan tenang mengawal permainan untuk menang set pertama 21-17.

Enggan menoleh kebelakang Olahragawan Kebangsaan 2024 itu terus mendominasi perlawanan apabila mengesahkan kemenangan 21-13 dalam tempoh 37 minit permainan.

Menanti Aaron-Wooi Yik dalam saingan akhir pada Ahad ialah pemenang antara Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia atau pasangan Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer.



Source link

OR

Scroll to Top