Pelakon Dayana Roza mengakui kenyataannya sebelum ini mengenai isu kecurangan dalam rumah tangga kedengaran agak kasar, namun menegaskan ia lahir daripada keprihatinannya dan pengalamannya sendiri.
Kata Dayana menerusi komen balas yang ditinggalkan, dia tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak, sebaliknya berharap mesej yang disampaikan dapat membuka mata masyarakat agar tidak menormalisasikan perbuatan curang.
Artikel Berkaitan:“Kalau Tak Puas Mem*nt*t Jangan Kahwin” – Dayana Roza Persoal Kenapa Lelaki Melayu Suka Curang, Titip Pesan Minta Wanita ‘Angkat Kaki’ Dari Hubungan Toksik
Jelasnya, perbuatan menganiaya pasangan boleh memberi kesan besar kepada anak-anak.
“Maaflah kalau ayat tu kasar sikit tapi itulah hakikatnya. Tak kisah lelaki atau perempuan tolong jangan normalisasikan curang terutamanya bila sudah berkahwin.
“Tak baik aniaya pasangan, lagi-lagi bila dah ada anak-anak nak menggatal tu tolong fikir panjang ya. Tengok muka anak-anak tu kalau terasa nak curang,” katanya.

Mengulas lanjut, Dayana menegaskan, walaupun perceraian boleh memberi kesan kepada anak-anak, namun ia bukan alasan untuk terus bertahan dalam hubungan toksik.
“Kalau cerai kesian anak-anak, tapi tak boleh nak harapkan pasangan boleh sabar sampai bila-bila. Hargai semasa tengah ada,” jelasnya.
Terdahulu, ibu anak dua itu meluahkan pandangan peribadinya mengenai isu kecurangan dalam rumah tangga yang didakwa semakin membimbangkan apatah lagi melibatkan pasangan berbangsa Melayu.







