Elly Mazlein Tolak Tawaran RM500,000 Buka Tudung

Elly Mazlein Tolak Tawaran RM500,000 Buka Tudung

Elly Mazlein Tolak Tawaran RM500,000 Buka Tudung


Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein menolak tawaran  bernilai sehingga RM500,000 apabila diminta untuk membuka tudung.

Memetik Oh Bulan, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina berkata dia berpegang teguh pada prinsip untuk tidak menanggalkan hijab meskipun ditawar bayaran tinggi.

BACA: Elly Mazlein Letak Syarat Pada Hijab Stylist, Selesa Bertudung Tutup Dada

“Saya dapat satu tawaran masa mula-mula berhijab dulu. Memang lumayan, sampai setengah juta ringgit, tetapi syaratnya saya perlu buka tudung.

“Bila saya buat keputusan untuk berhijab, walaupun dibayar macam mana sekali pun, saya tetap dengan keputusan saya,” katanya.

Menurut Kak Lina, pihak berkenaan mengetahui dia kini sudah berhijab namun tetap menawarkannya untuk membuka hijab dengan bayaran tinggi.

“Mereka tahu saya sudah bertudung, sebab itu mereka letak harga setengah juta. Tapi saya beritahu saya tak dapat bekerjasama kalau perlu buka tudung.

“Sekiranya mereka mahu saya jadi duta, prinsip saya tetap akan memakai tudung. Saya percaya akan ada rezeki untuk saya di tempat lain,” katanya.

Dalam pada itu, Kak Lina berkata dia menolak tawaran tersebut secara profesional dan pihak berkenaan menerima dengan baik.

“Walau macam mana pun kita nak tolak tawaran, kita kena jawab dengan baik. Saya beritahu secara berhemah dan Alhamdulillah mereka terima keputusan saya,” katanya.

Sumber: Oh Bulan






Source link

OR

Scroll to Top