February 25, 2024

GSEEP sampaikan sumbangan kepada penduduk sempena Aidiladha

KANGAR: Ghazali Shafie Graduate School (GSEEP) Universiti Utara Malaysia (UUM) menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Lubok Merbau sempena sambutan Aidiladha.

Sumbangan berupa barangan keperluan itu disampaikan pengarahnya, Dr. Kamarul Azman Khamis.

Turut bersama pada majlis sumbangan itu, Ketua Pemuda UMNO di situ, Faizal Mustaffa.

“Sumbangan barangan keperluan sempena Aidiladha itu bagi meringankan beban penduduk.

“Sumbangan berkenaan diharap dapat meringankan beban khususnya dalam kalangan golongan ibu tunggal, warga emas dan penduduk memerlukan,” kata Kamarul Azman.- UTUSAN

OR

Scroll to Top