February 25, 2024

Ira Kazar sekeluarga tak terkesan dengan gosip, jalani hidup seperti biasa

Meskipun dihimpit dengan kontroversi semenjak namanya menjadi bualan ramai, namun kakak kepada pelakon sensasi, Ira Kazar iaitu Melur Kazar memaklumkan adiknya berada dalam keadaan yang baik dan sihat sahaja.

Memetik laporan OhBulan!,  Melur yang juga anak sulung kepada pelakon veteran, Kazar Saisi mendedahkan adiknya tetap kekal tenang dan positif meskipun berdepan dengan pelbagai dugaan hidup berumah tangga dengan pengarah, Syamsul Yusof.

Katanya lagi, mereka sekeluarga juga tetap menjalani kehidupan seperti biasa tanpa menghiraukan bualan negatif ramai yang dilemparkan oleh warganet.

“Dengan apa yang terjadi, saya percaya kami sekeluarga tidak terkesan dengan apa-apa pun.
“Kami sekeluarga Alhamdulillah, okey sahaja menjalani kehidupan seperti biasa dan tiada sebarang kelainan pun,”ujarnya.

Katanya lagi, kehidupan adiknya sama seperti dahulu dan tiada sedikit pun kurang kerana dia seorang yang postif.

“Keadaan Ira juga sama sahaja daripada dulu, tiada yang lebih tiada yang kurang. Dia sentiasa postif, ayah paling okey.
“Kalau ayah okey, kami semua okey,”ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi kakak Ira iaitu Yasmin Kazar, 37, menyatakan mereka sekeluarga bakal menyambut hari Raya AidilAdha dalam suasana sederhana dengan kehadiran adik-beradik lain memandangkan masing-masing berasal dari Kuala Lumpur.

“Raya Haji kami memang tidak semeriah raya Aidilfitri pun. Tiada kampung, memang asal dari Kuala Lumpur.
“Tetapi akan raya bersama-sama juga, duduk berkumpul adik beradik.  Cumanya ada keluarga sebelah ibu akan datang beraya dekat rumah,”katanya.

Malah, juga tiada perancangan untuk menyambut perayaan bersama suami Ira iaitu Syamsul Yusof kerana ia kebiasaannya berlaku secara spontan.

@ohbulanofficial

Ira Kazar dan keluarga baik-baik aja 🥰 #ohbulan #sembangentertainment #kakak #irakazar #kongsi #keadaan #terkini #keluarga

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Melur berkata, dia juga ada membaca komen yang dilemparkan oleh netizen terhadap Ira, namun mereka sekeluarga memilih untuk tidak mengambil serius. Ini kerana mereka sekeluarga sudah diajar dan dididik untuk sentiasa bersabar sekiranya berlaku apa-apa.

“Kami satu keluarga baca semua komen netizen sama ada negatif mahupun positif. Yang baik kami ambil yang buruk kami buang.
“Kami adik-beradik sudah diajar dan dididik untuk sentiasa bersabar. Sebab kalau baca akan ganggu mental,”katanya lagi.

Sekadar info, nama Ira mula menjadi sorotan apabila dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.

Tidak lama selepas itu, Syamsul memaklumkan bahawa dia dan Ira sah bergelar suami isteri pada 5 Januari lepas menerusi video dimuat naik di laman Instagram.

Susulan itu, Puteri Sarah yang masih bergelar pada ketika itu memfailkan perceraian sebelum disahkan bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Sumber: TikTok @ohbulanofficial, OhBulan! (Shahrin)

OR

Scroll to Top