February 25, 2024

Kilang bir bocor, air laut pelabuhan Nago bertukar merah

TOKYO – Kebocoran dari sebuah kilang bir di pelabuhan Nago di Pulau Okinawa menyebabkan air laut bertukar merah.

Keadaan itu mengejutkan penduduk sekitar.

Orion Breweries yang berpangkalan di Okinawa, yang memiliki kilang bir, memohon maaf atas kebocoran tersebut.

Katanya, perubahan warna itu disebabkan oleh propilena glikol, boleh dijadikan sebagai pemanis hingga kepada sistem penyejukan dan tidak berbahaya.

Kilang bir itu mengakui ia telah menyebabkan “kesusahan dan kebimbangan kepada penduduk berhampiran dan pihak lain yang prihatin”.

Nago terkenal sebagai hotspot pelancongan, dengan pantai putih yang bersih.

Bahan penyejuk yang bocor telah “mengalir keluar melalui longkang menyebabkan laut dan sungai di bandar menjadi merah.

Aliran keluar berhenti pada 9.30 pagi,” lapor Okinawa Times.

Ini bukan kali pertama kemalangan industri menyebabkan laluan air bertukar menjadi merah darah. – Agensi

OR

Scroll to Top