February 25, 2024

King Dayo kuatkan jentera serangan Kedah

PETALING JAYA: Kedah Darul Aman (KDA) FC berjaya menandatangani bekas pemenang kasut emas Liga Super, Ifedayo Olusegun bagi menguatkan jentera serangan bagi mengharungi pusingan kedua.

Reputasi pemenang Kasut Emas dua tahun berturut-turut bagi musim 2020 dan 2021 dengan jumlah 38 gol (12 gol musim 2020, 26 gol musim 2023).

Penyerang berusia 32 tahun itu, turut di gelar ‘King Dayo’ ketika bersama Selangor FC.

Penyertaan penyerang itu, bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Wilian Lira bagi mengetuai barisan depan Sang Kenari.

Kedah kini menghuni kedudukan keempat Liga Super dengan mengumpul 28 mata hasil 9 menang, 1 seri dan 4 tewas.-UTUSAN

OR

Scroll to Top