February 25, 2024

MB Negeri Sembilan menghadap Tuanku Muhriz mohon perkenan bubar DUN

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pagi ini menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hinggap.

Aminuddin memohon perkenan baginda untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini yang dijangka 30 Jun nanti bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan tidak lama lagi.

Selain Negeri Sembilan, lima buah negeri lain juga akan mengadakan PRN iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

OR

Scroll to Top