February 25, 2024

Naik pesawat, isteri tertidur atas riba MK! Memang gemar pakai abaya

Perkongsian penyanyi rap, MK K-Clique ketika dalam sebuah pesawat bersama isterinya Siti Hajaar mencuri tumpuan pengikut di laman Instagram.

Menerusi satu video di InstaStory, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat merakam momen mengusik isteri yang lena tertidur di atas ribanya.

Sebelum itu, beberapa video memaparkan pasangan tersebut sedang menguruskan dokumen perjalanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Sepang yang dirakam orang awam sehingga tular di aplikasi TikTok.

Menerusi akaun @scarfpengantin, penyanyi berusia 27 tahun itu memakai t-shirt manakala isterinya mengenakan abaya dimana kedua-duanya sedondon berwarna hitam.

@scarfpengantin

#mk #sitihajaar

♬ Sampai Akhir (feat. DuMa) – Judika

@scarfpengantin

Pengantin baru honeymoon ke mana tu ????????❤️ #mk #sitihajaar

♬ Sampai Akhir (feat. DuMa) – Judika

Berdasarkan komen seorang individu, MK dipercayai membawa isterinya pulang ke kampung halaman di Tawau, Sabah kemungkinan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha.

Bagaimanapun, kebanyakan netizen masih terpegun dengan personaliti Siti Hajaar apatah lagi dilihat gemar memakai abaya yang menyerlahkan lagi kecantikan serta kesopanannya.

Untuk rekod, pasangan berkenaan selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis pernikahan di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, Ampang pada 16 Jun lalu.

Sumber: TikTok @scarfpengantin

OR

Scroll to Top