July 15, 2024

Perenang negara terus cemerlang di AUG

Perenang negara terus cemerlang di AUG



syafiq.aznan@bh.com.my

Surabaya: Perenang negara, Bryan Leong menebus kekecewaan semalam apabila bangkit meraih pingat emas dalam acara 50 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki Sukan Universiti Asean (AUG) 2024 di kolam renang Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI) Jawa Timur, petang tadi.

Selepas terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa 50m kuak dada lelaki semalam, Bryan yang juga pembawa Jalur Gemilang AUG 2024 memperaga aksi cemerlang, sekali gus merangkul pingat emas pertamanya di AUG 2024 dengan catatan 24.54 saat (s).

Tan Khai Xin meneruskan momentum dengan meraih pingat emas keduanya di AUG 2024, kali ini menerusi acara 400m rampaian individu lelaki (4:42.70s) dan rakan senegara, Liew Zeng Whye meraih pingat perak (4:45.90s)

Kuartet 4x200m lelaki negara dibarisi Khai Xin, Ng Shin Jian, Low Zheng Yong dan Hii Puong Wei menghadiahkan pingat emas ketiga menerusi acara 4x200m gaya bebas dengan catatan 7:38.24s.

Tiga pingat gangsa pula dituai menerusi Georgene Wee dalam acara 400m rampaian individu wanita 800m gaya bebas selain Wong Shi Qi dalam acara 50m kuak kupu-kupu wanita.

Semalam, skuad renang meraih dua pingat emas menerusi Khai Xin dalam acara 400m gaya bebas lelaki dan Phee Jinq En dalam acara 50m kuak dada wanita.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top