“Ramai Orang Sangka Tahun Ini Saya Bersinar, Tapi…” – Kamal Adli Mengaku Rezeki Mencurah Tapi Hati Rasa Kosong

“Ramai Orang Sangka Tahun Ini Saya Bersinar, Tapi…” – Kamal Adli Mengaku Rezeki Mencurah Tapi Hati Rasa Kosong


Pelakon Kamal Adli, 39, mengakui tahun 2025 menjadi antara tahun paling mencabar buat dirinya, penuh dengan dugaan yang memberi kesan kepada kehidupan peribadi meskipun dikurniakan dengan limpahan rezeki.

Menurut pelakon yang mula menempa nama menerusi drama bersiri Bio-Nik itu, rezeki yang hadir sedikit sebanyak mengurangkan beban, namun tidak mampu mengisi kekosongan yang dirasakan sejak kebelakangan ini.

“Ramai sangka tahun ini adalah masa untuk saya bersinar, tahun depan pun orang kata giliran saya juga. Tapi terus terang, saya rasakan bukan. Tahun ini sebenarnya milik Abang Jamil (Que Haidar). Saya cuma tumpang tuah.

“Syukur tetap syukur, Alhamdulillah. Cuma, tahun ini sangat perit buat saya. Tempoh yang sangat berat. Saya bekerja tanpa henti. Walaupun hidup saya agak bercelaru, Tuhan masih bagi ruang kecil untuk saya rasa gembira.

“Tapi saya tetap perlu bergerak. Duduk bersendirian di rumah buat semuanya jadi lebih mencabar,” katanya kepada XTRA.

@xtra_my Wah, handsome Abang Jamil! Makin murah rezeki Que Haidar, Kamal Adli & Elly Mazlein… Alhamdulillah. Meriahnyaa ramai peminat turun! #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Tambah pemilik nama sebenar Ahmad Kamal Ahmad Adli ini, ada bahagian dalam hidupnya yang tidak sesuai dikongsi kepada umum, namun cukup untuk menjejaskan kestabilan emosinya.

“Memang susah sebab saya seorang. Duduk di rumah pun rasa tak selesa. Kalau tak ada penggambaran, saya rasa saya boleh hilang fokus. Mungkin saya mula conteng dinding atau cuba belajar memasak.

“Ada perkara yang orang luar tak tahu dan saya tak rasa perlu cerita. Memang perit sebenarnya. Walaupun rezeki kerja ada, hati tetap rasa kosong. Ini hal jiwa,” katanya.

Kamal ditemui pada sesi Meet and Greet Jakel Crazy Sale Terpaling Murah bersama duta Jakel 2026 di Jakel Mall, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Kamal diumumkan sebagai salah seorang duta raya Jakel untuk tahun 2026 bersama Que Haidar dan Elly Mazlein.

Terdahulu, rumah tangga Kamal diuji selepas isterinya, Uqasha Senrose, memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu atas alasan tiada persefahaman.

Pasangan ini bernikah pada 4 November 2021 dan mempunyai seorang anak perempuan, Hawra Uqaira.





Source link

OR

Scroll to Top