February 25, 2024

Serba boleh! Tak sangka Rina Nose mekap sendiri di Big Stage 2023

Bakat serba boleh selebriti Indonesia, Rina Nose membuatkan orang ramai teruja apabila ditugaskan menjadi pengacara bagi program nyanyian Big Stage musim kelima (BS5) 2013 bersama pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein.

Terbaharu, pelawak berusia 39 tahun itu memuat naik sebuah video memaparkan dia melakukan tutorial mekap untuk minggu kelapan program realiti tersebut di aplikasi TikTok, semalam.

Perkara yang menarik perhatian adalah Rina membuat solekan itu sendiri tanpa bantuan jurumekap profesional sehingga berjaya menghasilkan ‘look’ atau wajah persis penyanyi popular senegaranya iaitu Kris Dayanti.

@rinanose_josscy

Video tutorial makeup yang sulit di skip

♬ original sound – Rina Nose Josscy – Rina Nose Josscy

Menerusi rakaman berdurasi lebih satu minit itu, dia menerangkan satu persatu mengenai cara atau teknik solekan terbabit dalam bentuk nyanyian sekali gus menjadikan ia sebagai suara latar belakang.

Video berkenaan meraih 20.9 juta tontonan dan 2.2 juta tanda suka selain lebih 25,000 komen netizen yang rata-rata terhibur mendengar nyanyian ‘syair’ Rina kerana mempunyai unsur lawak.

Namun, tidak kurang ramai juga yang memberi pujian kerana kagum terhadap bakat luar biasa dimiliki oleh Rina atau nama penuhnya Nurina Permata Putri terutama dalam bidang lakonan, nyanyian serta pengacaraan.

BS5 disiarakan secara langsung selama sepuluh minggu menerusi saluran Astro Ria pada setiap Ahad, jam 9 malam dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.

Sumber: TikTok @rinanose_josscy

OR

Scroll to Top