Soon Huat-Shevon, Pearly-Thinaah terkandas di separuh akhir

Soon Huat-Shevon, Pearly-Thinaah terkandas di separuh akhir


Goh Soon Huat dan Shevon Lai terkandas di pusingan separuh akhir Terbuka India. Foto Bernama

HASRAT beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah untuk melangkah ke perlawanan akhir Terbuka India tidak kesampaian selepas tewas di pusingan separuh akhir pada Sabtu.

Pearly-Thinaah yang turun selaku pilihan ketiga tewas kepada wakil dari Korea Selatan, Kim Hye Heong-Kong Hee Yong yang juga pilihan kelapan dalam aksi straight set.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi itu, pasangan pilihan kelapan dari Korea Selatan itu mendominasi perlawanan untuk menang set pertama 21-18.

Pasangan negara yang sebelum ini terkandas seawal pusingan pertama di Terbuka Malaysia baru-baru ini cuba bangkit pada set kedua, namun dinafikan sekali lagi dengan kemenangan 21-18.

Dalam pada itu, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai turut gagal mara ke final selepas dikecewakan pasangan di ranking kedua dunia dari China, Zhen Bang-Wei Ya Xin dalam pertarungan tiga set.

Namun, aksi mereka boleh diberikan pujian selepas memberikan tentang sengit memenangi set pertama 21-18 sebelum gagal meneruskan rentak tewas kepada pasangan dari China itu pada set kedua 19-21.

Beberapa kesilapan menghukum Soon Huat-Shevon apabila tewas pada set penentuan 9-21 melayakkan Zhen Bang-Ya Xin dalam pertarungan selama 51 minit itu.

Ia menjadi kekalahan kelapan Soon Huat-Shevon yang berada di ranking keempat dunia kepada pasangan China itu dalam lapan pertemuan.



Source link

OR

Scroll to Top