Pelakon Anzalna Nasir meluahkan rasa syukur kerana suaminya Hanif Zaki mengizinkannya untuk tidak bekerja serta memberi fokus untuk menjaga keluarga dan membesarkan anak-anak.
Menerusi satu hantaran di Threads, Anzalna turut mendoakan agar dipermudahkan urusan kerja suaminya serta dimurahkan rezeki.
BACA: “Cantik-Cantik Miss Universe Depan Kami” – Anzalna Nasir Syukur Suami Jaga Pandangan

“Sebagai seorang isteri, saya sentiasa mendoakan agar Allah memudahkan urusan kerja suami dan melapangkan rezekinya. Saya bersyukur kerana suami mengizinkan saya berada di rumah kerana dia mampu menyediakan keperluan kami,” katanya.
Sementara itu, Anzalna berkata tidak bermakna kita menjadi suri rumah kita tidak berkebolehan tetapi jika suami mampu menyediakan semuanya kita boleh membesarkan anak-anak dengan penuh perhatian dan ketenangan.
“Menjadi suri rumah tidak bermaksud kita tidak berkebolehan, tetapi ia bererti kita memilih untuk memberi tumpuan kepada membesarkan anak-anak dan menjaga keluarga.
“Setiap wanita mempunyai pilihan masing-masing, jika ada suami yang menyokong dan mampu menyediakan segala-galanya, Alhamdulillah syukur.
“Sekurang-kurangnya, kita dapat membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang, perhatian dan ketenangan,” tulisnya.






