February 25, 2024

Tak sangka, bergambar bersama haiwan kesayangan dapat tiket ‘free’ ke Thailand!

Alangkah bestnya kalau ada orang hadiahkan pakej percutian ke Thailand seperti Bangkok dan Phuket! Dapatlah healing kejap daripada kesibukan kerja dengan bercuti ke negara gajah putih yang cukup terkenal dengan makanan-makanan terbaik selain berhibur.

Tapi, ada ke orang yang sudi hadiahkan kita ke sana? Haaa.. kalau nak tahu, ada tau! Korang berpeluang menang pakej penerbangan bercuti ke Thailand menerusi penyertaan dianjurkan oleh SmartHeart.

Betul, tak tipu. SmartHeart berbesar hati menawarkan satu pakej percutian selama 3 hari 2 malam ke Bangkok atau dua tiket ke Phuket.

Caranya pun sangatlah mudah iaitu korang cuma perlu bergambar bersama haiwan kesayangan korang mengikuti kreativiti masing-masing asalkan mengikut tema ‘Thailand’. 

Kemudiannya, korang muat turun aplikasi SmartHeart MY pada peranti telefon pintar  dan hantar gambar paling menarik diambil itu mulai 15 Jun 2023 sehingga 30 September 2023 sambil disertakan doa.

Masih tak percaya? Baiklah, korang perlu tahu bahawa Menteri di Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa Thailand, Mr Worawan Wanwil, Perunding Perniagaan di Pusat Sokongan Perniagaan AEC, Ms Suwimon Tapmanee (Nadia) baru sahaja hadir bagi merasmikan ‘Fly with SmartHeart’ pada 24 Jun 2023  di pameran Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Turut hadir bersama Naib Presiden Perfect Companion Malaysia, Mr Jeffrey Heng, Vice President of Perfect Companion Malaysia, Pengurus Besar Perfect Companion Malaysia, Ms Chloe Ng dan Pengarah PetsWonderland Malaysia, Mr Gary Lim.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom muat turun aplikasi SmartHeart MY sekarang juga sebelum orang lain rebut ‘luck’ nak pergi bercuti di Bangkok atau Phuket!

Syok-nya lagi, aplikasi ini menawarkan banyak keuntungan berlipat ganda terutama korang yang mempunyai ‘cinta hati’ seperti si oyen, snowy atau apa-apa sahaja haiwan peliharaan.

Aplikasi ini amat sesuai untuk korang yang sibuk bekerja sampai tiada masa untuk keluar membeli makanan si comel kerana boleh add to cart, terus buat pembayaran dan tunggu barang sampai ke pintu rumah.

Ternyata ia sangat mudah, cepat dan selesa selain pelbagai jenis pilihan disediakan berserta maklumat makanan haiwan kesayangan seperti kucing, anjing, burung, hamster, tikus belanda, atau apa-apa sahaja di hujung jari.

Selain itu, ia juga tawarkan Mata Ganjaran bagi setiap sen pembelian, tebus hadiah istimewa SmartHeart, promosi secara bulanan, bermusim dan perayaan, selain barangan 100% asli daripada hasil kilang.

Suka diingatkan, segala informasi semasa mengenai penjagaan dan perkembangan haiwan akan dikongsikan menerusi aplikasi tersebut. Jadi, korang tidaklah perlu pening kepala bagi memikirkan ‘apa yang perlu dibuat’.

Selain menangi tiket penerbangan ke Bangkok dan Phuket, korang juga boleh menikmati diskaun menguntungkan poket iaitu sehingga 30% dan keatas dengan berkunjung ke karnival makanan haiwan dianjurkan.

Ye, diskaun banyak giler wehh macam baru-baru ini di Mid Valley, Kuala Lumpur  di mana SmartHeart SmartPet Fair 2023 kembali lagi selepas ‘berehat’ akibat Covid-19.

Di sana, korang boleh dapatkan pelbagai jenis makanan haiwan di bawah jenama SmartHeart seperti SmartHeart Cat, SmartHeart Dog, SmartHeart Gold, SmartHeart Hamster, SmartHeart Rodent, SmartHeart Bird dan REFINE Premium Wet Food untuk kucing.

Bukan itu sahaja, bahkan, korang juga dapat miliki barangan istimewa SmartHeart, hadiah percuma, sampel produk dan banyak lagi daya tarikan utama.

Antaranya pameran terdekat yang bakal tiba adalah SmartHeart SmartPet Fair 2023 di Tropicana Gardens Mall pada 19 Julai 2023 hingga 30 Julai 2023 dan KL East Mall pada 23Ogos 2023 hingga 27 Ogos 2023.

Di sana nanti, terdapat juga empat pusat pemeriksaan utama di mana korang boleh menikmati pelbagai jenis aktiviti seperti SmartHeart Photo Booth, SmartHeart Wind Chamber, SmartHeart Wire loop dan kaunter SmartHeart MY Redemption.

Haaa, jangan lepaskan peluang tau! Muat turun aplikasi SmartHeart MY pada peranti telefon pintar untuk menikmati Mata Ganjaran menarik selain menangi tiket ke Bangkok dan Phuket. Mungkin salah seorang daripada kita (pembaca) adalah manusia bertuah terpilih untuk pergi ke Thailand.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.perfectcompanion.com.my bagi mendapatkan lebih banyak informasi semasa.

OR

Scroll to Top