Tiga doktor antara 40 individu ditahan kes kartel tuntutan palsu PERKESO

Tiga doktor antara 40 individu ditahan kes kartel tuntutan palsu PERKESO


GEORGE TOWN – Dua doktor hospital kerajaan dan seorang doktor swasta antara 40 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terlibat dengan kartel memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berjumlah lebih RM2 juta.

Sumber berkata, tangkapan ke atas tiga doktor itu dibuat di Bukit Mertajam dan Seberang Jaya dekat sini manakala orang awam termasuk pekerja swasta yang membuat tuntutan palsu itu  dilakukan beberapa kawasan sekitar negeri ini.

“Operasi ini masih berjalan dan kita jangka akan membawa sebahagian daripada tangkapan untuk ke mahkamah esok bagi mendapatkan permohonan reman,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan tangkapan tersebut.

Media pada Julai lalu melaporkan, Senator Dr. RA. Lingeshwaran meminta Kementerian Sumber Manusia memberi penjelasan berhubung dakwaan beberapa doktor yang mengendalikan tuntutan hilang upaya PERKESO digantung susulan dikaitkan dengan kartel memalsukan permohonan tersebut.

Beliau memberitahu Dewan Negara, panel itu digantung sehingga diberitahu kelak selepas PERKESO mendapat tahu tentang kegiatan itu di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Beliau turut mengingatkan erdapat 683 pengeluaran palsu dari 2018 hingga 2022 membabitkan kira-kira RM43 juta yang mana 16 melibatkan seorang doktor yang perkhidmatannya ditamatkan selepas perkara itu terbongkar. – MalasysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top