February 25, 2024

Vicario sertai Spurs

London: Tottenham menandatangani penjaga gol, Guglielmo Vicario dari Empoli dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak £16 juta (RM95 juta).

Vicario dijangka mencabar kapten Spurs, Hugo Lloris, yang memasuki 12 bulan terakhir kontraknya di kelab itu, untuk menjadi pilihan pertama Ange Postecoglou.

Pemain berusia 26 tahun itu mempamerkan aksi mengagumkan dalam dua musim lalu di Empoli selepas sebelum itu beraksi di Udinese, Cagliari, Perugia dan Venezia.

Vicario menjadi pemain kedua ditandatangani Tottenham dalam jendela perpindahan selepas Dejan Kulusevski yang sebelum ini dipinjam dari Juventus menjadi pemain tetap kelab London itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

OR

Scroll to Top