June 14, 2024

1.7 juta penduduk hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza, kata PBB


GENEVA – Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) mengumumkan kira-kira 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal secara paksa di Semenanjung Gaza akibat pencerobohan Israel yang berterusan, mengakibatkan pembunuhan 33,000 orang, majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita.

Jurucakap UNHCR Ravina Shamdasani berkata dalam sidang akhbar di pejabat PBB di Geneva bahawa “menyelesaikan situasi bencana yang dialami oleh orang awam di Gaza mesti tetap menjadi keutamaan”, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dilaporkan bahawa Israel terus mengenakan sekatan haram ke atas kemasukan dan pengedaran bantuan kemanusiaan di Gaza dan Israel mengebom semua kawasan di Semenanjung Gaza.

Shamdasani berkata: “Terdapat kira-kira 1.7 juta orang yang kehilangan tempat tinggal secara paksa di Gaza. Orang-orang ini hidup dalam keadaan yang menakutkan dan di bawah ancaman yang berterusan.

Beliau menegaskan bahawa Israel, sebagai “kuasa pendudukan”, mesti mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk memulihkan ketenteraman dan keselamatan awam di Tebing Barat. – BERNAMA-WAFA



Source link

OR

Scroll to Top