10 maut kapal tangki minyak terbakar di Indonesia

10 maut kapal tangki minyak terbakar di Indonesia


Jakarta: Sepuluh orang maut manakala 21 lagi cedera selepas kebakaran berlaku di atas sebuah kapal tangki minyak yang sedang dibaiki di limbungan kapal di Pulau Batam, wilayah Kepulauan Riau, Indonesia awal Rabu, lapor Xinhua.

Mangsa merupakan juruteknik yang sedang bekerja di kapal tangki Federal II di PT ASL Shipyard Indonesia di kawasan Batuaji.

Kebakaran tercetus sekitar 4 pagi waktu tempatan, menurut Ketua Polis Batuaji Raden Bimo Dwi Lambang, sambil menambah bahawa insiden serupa turut berlaku pada kapal yang sama pada Jun lalu dan meragut empat nyawa.

Pihak berkuasa telah melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top