Penyanyi Nubhan bakal ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang esok bagi pengesahan lafaz cerai terhadap isteriny Dr Afifah Hidayah.
Memetik mStar Online, sumber terdekat memaklumkan permohonan pengesahan lafaz cerai difailkan pada awal bulan lalu.
BACA: Nubhan Ada Sebab Warna Rambut, Dah Minta Pandangan Ustaz
“Betul Nubhan telah bercerai dengan isterinya lepas 10 tahun nikah.
“Esok merupakan prosiding bagi pengesahan lafaz talak yang difailkan Nubhan,” kata sumber.
Dikhabarkan, Nubhan melafazkan talak ketika dia dan isterinya berada di dalam kereta pada akhir Ogos lalu.
Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah rangga pada Ogos 2015. Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: mStar Online