Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu mengumumkan dia mengundurkan diri sebagai penyampai dari stesen Sinar FM.
Menerusi perkongsian di Instagram, Jep memaklumkan hari ini adalah Jumaat terakhir dia bertugas sebagai penyampai stesen radio berkenaan.
BACA: “Tetaplah Menjadi Baik Walaupun Nama Kita Buruk Dalam Cerita Orang Lain” – Jep Sepahtu

“Hari Jumaat terakhir aku di sini. Alhamdulillah izin Allah 10 tahun tumpang cari rezeki kat sini. Dari bujang, kahwin, sampailah dah ada anak. Terima kasih Sinar FM untuk jasa yang tak terbalas,” tulisnya.
Sementara itu, Jep turut menzahirkan ucapan terima kasih buat bekas majikan yang sudah dianggap seperti kakak sendiri.
“Ini bekas boss aku, aku anggap dia macam akak aku sendiri sebab hormat aku lebih tinggi dari jawatan dia. Terima kasih untuk segala kebaikan kau buat aku. Sampai jumpa lagi,” tulisnya.






