100 pemilik Harley-Davidson berkonvoi sebagai solidariti 'Justice For Zara Qairina'

100 pemilik Harley-Davidson berkonvoi sebagai solidariti 'Justice For Zara Qairina'


hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kira-kira 100 jentera berkuasa tinggi Harley-Davidson berkonvoi ke Saloma Bistro di sini, sebagai tanda solidariti ‘Justice For Zara Qairina’.

Konvoi yang bermula dari Wangsa Maju itu bergerak secara beriringan ke lokasi sebagai sokongan kepada keluarga Allahyarham.

Penganjur Program, Harris Zamzairie, 50, berkata, selain menyatakan sokongan kepada keluarga, kami juga ingin menyampaikan mesej menghentikan buli.

“Tujuan utama program konvoi ini adalah untuk menunjukkan solidariti selain menyampaikan mesej kepada masyarakat untuk menghentikan buli.

“Program ini bukan untuk mengganggu mana-mana pihak kerana inkues bakal diadakan pada masa akan datang ia bertujuan memberi sokongan,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Program turut menyelitkan penyampaian sajak bertajuk ‘Untuk Zara Qairina’ yang disampaikan Alisha Maisara Sofea.

Harris berkata, dia berharap minat golongan muda terhadap motosikal Harley Davidson mampu menyampai mesej untuk menghentikan buli.

“Kita tahu ramai minta motosikal ini, disebabkan itu kami menyampaikan mesej kepada golongan muda dengan mengadakan konvoi,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top