10,000 murid prasekolah sertai simulasi haji

10,000 murid prasekolah sertai simulasi haji

10,000 murid prasekolah sertai simulasi haji


KUALA LUMPUR: Suasana Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meriah dengan kehadiran hampir 10,000 murid prasekolah berusia enam tahun yang menyertai program simulasi ibadah haji, Little Hajj, baru-baru ini.

Program berkenaan melibatkan 486 tadika Little Caliphs dari 15 lokasi di seluruh negara dalam usaha memperkenalkan rukun Islam kelima kepada kanak-kanak sejak awal usia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Little Caliphs® International Sdn. Bhd. (LCISB), Datuk Roslan Nordin berkata, peserta bukan sahaja diajar tentang ibadah haji secara teori, malah turut dibimbing untuk menghayati nilai ketaatan, kesabaran, disiplin, kerjasama dan kasih sayang dalam suasana pembelajaran berteraskan Islam.

Justeru, tidak hairanlah ia menjadi antara program ikonik yang dinanti-nantikan oleh murid, guru, ibu bapa dan komuniti.

Katanya, penganjuran tahun ini amat bermakna kerana menandakan sedekad perjalanan Little Hajj dalam mendidik anak-anak kecil mengenali ibadah haji melalui pendekatan project based learning (PBL).

“Alhamdulillah, Little Hajj bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya satu pengalaman tarbiah yang membantu anak-anak mengenal Allah, memahami ibadah dan memupuk kecintaan terhadap Islam sejak awal usia.

“Tahun ke-10 ini menjadi bukti komitmen Little Caliphs dalam menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan berteraskan nilai,” katanya.

Berpengalaman lebih 20 tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak Islam, Little Caliphs komited membantu anak-anak membina asas akademik, sahsiah dan spiritual sebelum melangkah ke alam persekolahan rendah.

Roslan berkata, pihaknya turut menawarkan Program Pengukuhan 3M bagi membantu anak-anak menguasai asas membaca, menulis dan mengira sebagai persediaan penting sebelum memasuki sekolah rendah.

Katanya, program itu dirangka untuk memberi sokongan tambahan kepada anak-anak agar lebih yakin, bersedia dan stabil dari aspek akademik serta emosi apabila melangkah ke Tahun Satu.



Source link

OR

Scroll to Top