Zurich: Sebanyak 12 tan coklat KitKat hilang di Eropah minggu lalu selepas pencuri melarikan lori yang mengangkutnya, kata syarikat makanan Switzerland, Nestlé pada Sabtu.
KitKat, yang dihasilkan oleh Nestlé, berkata lori yang membawa 413,793 bar rangkaian baharu coklat itu bertolak dari tengah Itali untuk diedarkan ke seluruh Eropah, namun tidak tiba di destinasi akhir yang dijadualkan di Poland.
Kenderaan dan barangan tersebut masih belum ditemui.
Nestlé tidak mendedahkan lokasi sebenar kehilangan lori itu.
Dalam kenyataan berasingan, KitKat berkata bar coklat yang hilang itu boleh dikesan melalui kod kelompok (batch) unik.
Sesiapa yang mengimbas nombor kelompok coklat yang dicuri akan menerima arahan tentang cara menghubungi pihak KitKat.
“Walaupun kami menghargai ‘selera luar biasa’ penjenayah, hakikatnya kecurian kargo merupakan isu yang semakin meningkat bagi perniagaan pelbagai saiz,” kata KitKat.
© New Straits Times Press (M) Bhd






