140,000 saksikan upacara pengebumian Paus Francis di Vatican

140,000 saksikan upacara pengebumian Paus Francis di Vatican


Rom: Kira-kira 140,000 orang berkumpul di sekitar Dataran St Peter di Vatican bagi menghadiri upacara pengebumian Paus Francis, menurut agensi berita Itali, ANSA, pada Sabtu.

Upacara pengebumian di Basilika St Peter bermula pada 10 pagi (0800 GMT), dengan kehadiran pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Keranda Francis dibawa keluar dari Basilika St Peter ke dataran dan diletakkan di hadapan altar.

Orang ramai memenuhi Dataran St Peter serta jalan-jalan berhampiran yang menuju ke Vatican.

Selepas Misa, keranda Paus akan dibawa semula ke dalam Basilika St Peter sebelum satu perarakan diadakan ke Basilika Saint Mary Major, tempat yang sering dikunjungi beliau sepanjang 12 tahun pentadbirannya sebagai Paus.

Puluhan ribu orang dijangka memenuhi laluan sejauh enam kilometer melalui pusat bandar raya Rom, yang akan melalui tempat-tempat terkenal seperti Piazza Venezia dan Colosseum.

Orang ramai turut memenuhi kawasan di hadapan tempat pengebumian itu, beberapa jam sebelum keranda Francis dijangka tiba sekitar 1 tengah hari.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top