16 rumah di Pendang dilanda banjir kilat

16 rumah di Pendang dilanda banjir kilat


am@hmetro.com.my

Pendang: Sebanyak 16 rumah penduduk di Kampung Titi Teras, Mukim Rambai, di sini terjejas akibat banjir kilat, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, walaupun tiada hujan hari ini, namun hujan lebat berterusan semalam menyebabkan berlaku limpahan air dari Sungai Titi Kerbau, Kubur Panjang.

Bagaimanapun katanya, hasil pemantauan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pendang mendapati keadaan masih terkawal.

“Anggota kami melakukan pemantauan bermula jam 5.30 hingga 6.30 petang dan mendapati 16 rumah dinaiki air dan paras air Sungai Titi Kerbau didapati meningkat tetapi masih terkawal.

“Paras air sungai berkenaan mencatatkan melepasi tahap bahaya 5.91 meter dengan trend air menunjukkan peningkatan,” katanya.

Yuslina berkata, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka namun anggota dalam keadaan bersiap sedia.

Beliau turut menasihatkan penduduk supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top