174 ditahan dalam Ops Noda Khas

174 ditahan dalam Ops Noda Khas



am@hmetro.com.my

Johor Bahru : Seramai 174 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dalam serbuan ke 16 premis sekitar daerah ini dan Batu Pahat menerusi Op Noda Khas antara 16 November lalu hingga hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, tumpuan utama operasi adalah untuk membanteras aktiviti pelacuran di premis hiburan, rumah urut dan hotel.

“Seramai 174 individu membabitkan sembilan lelaki dan tiga wanita tempatan ditahan.

“Turut ditahan, seramai 29 lelaki warga asing masing-masing Vietnam (18), Myanmar (8), Filipina (2), Pakistan (1) dan 133 wanita warga asing iaitu Vietnam (93), Thailand (22), Myanmar (4), Indonesia (3), Laos (5) dan China (6).

“Semua tangkapan berusia dalam lingkungan 18 tahun hingga 54 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di salah sebuah premis yang diserbu, polis turut menemui 101 botol arak dipercayai tidak bercukai yang disimpan dalam premis.

Katanya, turut dirampas pelbagai peralatan seperti kondom, cecair pelincir, buku catitan, tisu gulung, tuala, telefon bimbit, resit bayaran, mikrofon, speaker, mixer, televisyen, MP3 dan DVD player, amplifier, kad akses bilik, beberapa botol arak serta wang tunai berjumlah RM 14,174.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana mencari pelanggan bagi maksud persundalan, Seksyen 373 Kanun Keseksaan kerana pengawalan rumah persundalan dan Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan apa-apa barang yang tidak berkastam.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Johor (ENJ) 4/98 kerana beroperasi tanpa lesen hiburan yang sah, Seksyen 11(2) ENJ kerana melanggar mana-mana syarat atau sekatan ditetapkan.

“Selain itu, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana mengambil pekerja satu atau lebih orang, selain daripada warganegara atau pemegang permit masuk yang tidak memiliki suatu pas yang sah.

“Kita turut mengambil tindakan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas lawatan sosial serta Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top