am@hmetro.com.my
Kuching: Dua beranak, Tuah Bujang, 57, dan Aiman Tuah, 24, dikhuatiri hilang di laut selepas keluar menangkap ikan di perairan Kabong, Betong, 2 petang, semalam.
Dua beranak itu dipercayai berdepan cuaca buruk, 5 petang, menyebabkan mereka gagal pulang dan tidak dapat dihubungi sejak itu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, laporan kehilangan itu dibuat ahli keluarga di Balai Polis Kabong, 6.49 petang.
“Berdasarkan laporan polis yang dibuat ahli keluarga, setiap kali ke laut, 2 petang, kedua-duanya pulang, 11 malam, hari yang sama.
“Bagaimanapun, mereka masih gagal dikesan sehingga 11.30 pagi, hari ini,” katanya pada kenyataan.
© New Straits Times Press (M) Bhd