2 remaja maut motosikal terbabas

2 remaja maut motosikal terbabas


Johor Bahru: Dua remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM37.9 Lebuhraya Senai-Desaru, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Asisten Komsioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kemalangan berlaku kira-kira 11.25 malam ketika mereka dalam perjalanan menuju ke Ulu Tiram.

“Siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha 135LC itu hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kanan jalan dan melanggar pembahagi jalan.

“Kedua-dua mangsa tercampak dan cedera parah di pelbagai bahagian badan serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya.

Mohd Sohaimi turut meminta saksi kejadian tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam melalui talian 07-3864 222.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top