Pelakon dan usahawan, Mira Filzah meluahkan rasa tidak selesa berdepan masalah sinus yang dihidapinya sejak hampir 20 tahun lalu sehingga mengganggu rutin harian dan kualiti hidupnya.
Menerusi perkongsian di Threads, Mira mengakui masih sukar memahami keadaan sinus yang sering menyerangnya secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda awal.
“I really don’t understand sinus. I was totally fine 10 minutes ago, then after showering my throat started itching and my nose got runny. I was SO
okay 10 minutes ago,” luahnya.
Bahkan, simptom yang dialami menjadi semakin luar biasa apabila menyerang pada waktu malam, terutama melibatkan bahagian mata.
“For the record, for the past few days, every night out of nowhere pukul 1 pagi ke 3 pagi ke mata mesti burning and itchy. Merah. Bengkak sampai esok pagi. Pagi elok balik, malam mata gatal balik,” jelasnya.
Mengaku penat, pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu turut mengakui sudah menggunakan pelbagai cara dan usaha demi mengawal sinus yang disifatkan sukar dijangka dan tidak konsisten.
“Penat sangat nak control sinus ni. Kadang2 tak faham. Segala jenis mak nenek supplements dan ubat dah makan.
“ENT dah, shiruto, tiger mushroom, Young Living, nasal spray, saline apa tu utk clearkan hidung tu, segala jenis anti histamine, semua dah,”jelasnya.


Prihatin dengan maslaah yang dialami Mira, pelakon Mimi Lana tampil berkongsi tips yang diamalkannya untuk mencegah penyakit berkenaan.
Antara rutin yang dikongsikan Mimi termasuklah, mengambil makanan sihat dan vitamin tambahan yang disyorkan pakar.








