20,000 pesalah layak dipertimbang tahanan rumah

20,000 pesalah layak dipertimbang tahanan rumah


KLANG – Rang undang-undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah menyasarkan kira-kira 20,000 pesalah kategori tertentu dan layak dipertimbang selepas mereka menjalani proses tapisan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, rang undang-undang itu antara lain meliputi pesalah pertama yang tidak melakukan kesalahan berat, wanita mengandung, warga emas dan orang kurang upaya.

“Seperti yang saya katakan, angka yang layak dipertimbang ialah 20,000 orang yang merupakan pesalah pertama.

“Ia juga disasarkan kepada pesalah yang melakukan kesalahan tidak serius, contohnya ibu tunggal dihimpit kemiskinan yang mencuri susu kerana ingin memberi anaknya makan dan dijatuhi hukuman penjara,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Raja hari ini.

Saifuddin berkata, susulan itu, tidak perlu ditimbulkan polemik berkaitan siapa yang layak dipertimbang untuk menjalani hukuman kerana pesalah perlu melepasi beberapa tahap tapisan antaranya memiliki rekod disiplin baik ketika dipenjara.  – BERNAMA



Source link

OR

Scroll to Top