21 Orang Asli ditahan disyaki ceroboh tanah milik Sultan Pahang

21 Orang Asli ditahan disyaki ceroboh tanah milik Sultan Pahang

21 Orang Asli ditahan disyaki ceroboh tanah milik Sultan Pahang


am@hmetrocom.my

Kuantan : Polis menahan 21 Orang Asli kerana disyaki menceroboh tanah milik Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Rompin, semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata penahanan itu termasuk 17 wanita berusia antara 26 tahun hingga 60 tahun.

Katanya, berdasarkan laporan pihaknya menerima satu laporan polis dari Balai Polis Kuala Rompin, Rompin berkenaan pencerobohan tanah milik Sultan Pahang.

“Pengadu adalah wakil syarikat yang dilantik untuk mengusahakan tanah milik baginda dengan melaporkan berkaitan sekumpulan Orang Asli menceroboh dan merosakkan palang besi serta memotong buah kelapa sawit di kawasan ladang milik baginda seluas 718.281 hektar tanpa kebenaran.

“Bagi membantu siasatan, seramai empat lelaki dan 17 wanita Orang Asli ditahan di dalam kawasan ladang milik baginda kerana disyaki terbabit menceroboh tanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Dalam kes ini, polis tidak akan berkompromi dengan aktiviti pencerobohan tanah. Mana-mana pihak perlu mempunyai geran pemilikan yang sah untuk mengusahakan tanah.

“Pihak polis menasihati masyarakat supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa di negara ini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top