22 ahli termasuk CEO GISBH didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang

22 ahli termasuk CEO GISBH didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang


SELAYANG – Kesemua 22 ahli termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd, Datuk Nasiruddin Mohd Ali dituduh atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang mengikut Akta 130V (1) di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua 22 individu tersebut.

Sebaliknya mereka hanya memahami pertuduhan dan hukuman yang bakal dihadapi ketika dibacakan di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Binti Harron @Harun.

Mengikut pertuduhan, kesemua 13 lelaki dan sembilan wanita itu menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di 33-B, Jalan Desa 1/1, Bandar Country Homes Rawang, antara Oktober 2020 hingga 11 September 2024.

Sebahagian daripada sembilan wanita yang didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang. Mereka antara 22 individu yang turut akan dituduh pada pagi ini ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 23 OKTOBER 2024.

Prosiding pendakwaan itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani, Datuk Nazran Mohd Sham, Lina Hanini Ismail dan Siti Hajar Mat Radzi.

Manakala kesemua 22 ahli GISBH itu diwakili barisan peguam, diketuai Datuk Rosli Kamaruddin, Muhammad Zaim Rosli, M.Hafiz Zainol Abidin, Boestamam Ahmad dan Dorina Abdullah.

Memandangkan kes itu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), hakim tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas 22 tertuduh.

Terdahulu, peguam Rosli memohon mahkamah menangguhkan prosiding bagi memberi laluan kepada empat dari 22 ahli lembaga pengarah GISBH menandatangani afidavit.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 23 Disember ini sebagai tarikh sebutan kes bagi kesemua 22 tertuduh – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top