“22 Tahun Di Sisi Awak & Saya Masih Jatuh Cinta Setiap Hari” – Edika Yusof

“22 Tahun Di Sisi Awak & Saya Masih Jatuh Cinta Setiap Hari” – Edika Yusof

“22 Tahun Di Sisi Awak & Saya Masih Jatuh Cinta Setiap Hari” – Edika Yusof


Pelakon Edika Yusof memuat naik video menyambut ulang tahun kelahiran isterinya, Nor Hidayah Yusri di sebuah restoran.

Menerusi hantaran tersebut, Edika meluahkan rasa sayangnya tidak pernah pudar terhadap isterinya meskipun selepas 22 tahun mendirikan rumah tangga.

BACA: Edika Yusof, Bekas Isteri Kembali Rujuk

@edikayusofxx

Happy Birthday, my love ?? 22 years by your side, and I still fall for you every single day. You are my heart, my calm, my courage — the reason I keep going. May Allah bless you with peace, strength, and endless love. Forever yours, Nor Hidayah Yusri

? ME GUSTA LA CUMBIA – Abaco

“Selamat hari lahir, cintaku. 22 tahun di sisi awak dan saya masih jatuh cinta setiap hari.

“Awak adalah hati, ketenangan dan keberanian, sebab saya terus kuat. Semoga Allah memberkati awak dengan kedamaian, kekuatan, dan kasih sayang yang berpanjangan,” tulisnya.

Perkongsian Edika itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tumpang gembira melihat pasangan tersebut serta mendoakan agar ikatan perkahwinan mereka bahagia hingga ke akhir hayat.

Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.






Source link

OR

Scroll to Top