230 warga asing ditemukan dalam serbuan di premis penipuan 'online' di Kemboja

230 warga asing ditemukan dalam serbuan di premis penipuan 'online' di Kemboja


Phnom Penh: Pihak berkuasa Kemboja menemukan 230 warga asing dalam serbuan ke atas dua premis penipuan dalam talian di Bandar Poipet di barat laut wilayah Banteay Meanchey, menurut Polis Kebangsaan dalam kenyataan media pada Isnin, lapor Xinhua.

Serbuan itu dilakukan pada hujung minggu di Poipet, sebuah bandar bersempadan Thailand, selepas siasatan terperinci selama lebih tiga bulan.

“Semasa serbuan, polis menemukan 230 warga asing termasuk 68 wanita,” menurut kenyataan itu, sambil menyatakan yang 123 daripada mangsa terdiri 59 wanita, yang juga warga Thailand.

Warga asing itu bersembunyi dan menjalankan penipuan dalam talian yang menyalahi undang-undang dan mereka hidup dalam keadaan biasa dan melakukan pekerjaan haram itu secara sukarela, menurut kenyataan media itu.

Polis Kemboja sedang bekerjasama dengan polis Thailand untuk tindakan undang-undang seterusnya terhadap warga Thailand, manakala warga asing lain sedang disoal siasat sebelum tindakan selanjutnya diambil mengikut undang-undang Kemboja.

Kenyataan itu turut menyebut yang polis Kemboja dan Thailand sedang bekerjasama untuk menentukan identiti dalang.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top