mahaizura@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Seramai 245 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri hari ini.
Setakat 11.30 pagi, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan, semua mangsa itu terdiri daripada 74 keluarga masih berlindung di enam PPS di Kelantan, Selangor dan Johor.
Di Kelantan tiga PPS dibuka di Tanah Merah dan Pasir Mas bagi menempatkan 141 mangsa daripada 45 keluarga.
Pada masa sama, seramai 49 mangsa daripada 14 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Kuala Langat.
Selain itu, dua PPS di Kota Tinggi, Johor diaktifkan bagi memberi perlindungan kepada 55 mangsa daripada 15 keluarga yang terjejas.
Sementara itu, ramalan cuaca semasa disiarkan dalam laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), semua lokasi di ibu negeri hari ini masing-masing merekodkan cuaca panas.
© New Straits Times Press (M) Bhd